Sunday 4 October 2020

TENTANG SAYA

 

Hai Assalamulaikum semua..






Saya Coach Umie , Coach Kurus Online Herbalife Malaysia. Merupakan ibu kepada 3 cahayamata , telah menjadi ahli bebas Herbalife Malaysia sejak tahun 2013. Telah turun berat badan sebanyak 16kg dengan menjadi pengguna setia produk Herbalife  sejak 2013 lagi.

Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Allah SWT

Ini Kisah Saya...

Saya mula mengalami masalah berat badan selepas melahirkan anak yang kedua . Berat badan tertinggi yang pernah dicapai ketika itu ialah 62kg. Dengan ketinggian yang tak berapa tinggi πŸ˜‹ dan ditambah dengan masalah berat badan yang naik mendadak menyebabkan badan sentiasa letih dan lesu, saya mengalami masalah sakit belakang yang agak kronik sehingga tidak boleh duduk terlalu lama, selain tu kerjaya saya sebagai seorng ahli perniagaan amat memerlukan saya bergerak aktif ke sana ke mari setiap hari, kesannya saya sering mengalami masalah sakit tumit kerana badan yang berat dan ini sangat tidak selesa.

Saya telah mencuba berbagai2 produk menguruskan badan termasuk join program kurus di salah sebuah pusat pelansingan badan, hasil dari pusat pelansingan badan memang membuahkan hasil, malangnya gaya hidup yang tidak mampu di ubah menyebabkan saya kembali mengalami masalah berat badan semula. Sejak dari itu memang beratus ringgit duit habis dibelanjakan untuk mencuba produk kuruskan badan. semuanya mengecewakan dan tidak membuahkan hasil yang diimpikan.


Gaya Hidup saya sebelum bertemu Herbalife..

Sebelum bertemu produk Herbalife, Setiap pagi sarapan memang tidak boleh tidak, akan makan nasi lemak..Ya Allah sedapnya nasi lemak ..yummy..jika tak makan nasi lemak, mesti akan makan roti canai, mee goreng, bihun goreng etc..pairing pula dengan milo 3 in atau teh 3 in 1..wahhhh...heaven..camtula hari2..malas masak..beli je..gigih kan..kena keluar beli makanan setiap hari πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. Bila nak cuba2 diet sendiri pula, sarapan dah tak makan nasi lemak bagai, tapi makan biskut cicah air milo..diet lah sangat ..masa tu terasa macam..memang boleh kurus punyalah sbb makan biskut je ni ...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ begitulah keadaannya setiap hari..

Tea time kat opis, makan kuih karipap, kuih keria, cucur badak..tak banyak 2 ketul je dengan air 3 in 1..haha..again..boleh kurus ni makan kuih je pun, tak pun akan makan kerepek, keropok..ala kecik je ni..nanti boleh kurus punyalah..

Lunch Time...yg ini lagi lawak, tak makan nasi tapi makan bihun sup, makan sizzling yee mee with mushroom telur gedik lagi kat atas πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ malu weyhhh nak cite ..haha..tapi kena cerita juga, supaya korang tak ulang kesilapan2 ni dalam diet korang tau!

Dinner..makan nasi bersama keluarga, lauk beli kekadang sebab busy tak sempat masak..kadang2 beli bihun sup, mee kari dan laksa bagai..camtu lah ulang2 gaya hidup saya waktu tu..

Tengah Malam ..hampir setiap malam suami ajak lepaking makan2 sebab lapar katanya, so layankan je incik suami keluar makan mee goreng basah minum dengan air limau suam tanpa gula..Allahu Akbar..diet katanya sebab tu tak makan nasi goreng sebaliknya pilih mee goreng...so setelah berbulan2 melalui gaya hidup macam tu maka jadilah seperti dibawah...


Tadaaaaa....Ini gamba lepas bersalin anak kedua



dan  ini gamba tahun 2013 lepas gain weight kali kedua sebelum jumpa Herbalife dan ada Coach Peribadi


Selepas Herbalife

Tahun 2012 saya mula kenal produk herbalife di laman facebook, Saya tawakal je beli dari orang tak dikenali ketika itu, Saya minum tanpa panduan yang betul, hanya try and error..penjual takde ajar pun cara bancuhan semua, so belajar sendiri2 je.. Waktu tu walaupun berat badan saya tidak turun seperti diharapkan tetapi, saya mula merasakan badan saya semakin bertenaga dan saya gembira dengan keadaan itu, saya tetap teruskan guna herbalife walaupun berat saya tak turun pun sampai lah satu ketika saya kehabisan stok F1 dan tak jumpa orang yang menjual. Pasrah juga lah waktu tu, sehinggalah saya suarakan hasrat pada anak kedua saya..' kat mana lah ibu nak beli herbalife?' ..lalu disapa oleh anak saya..'ibu cari herbalife?, kawan mira kan, mak dia jual herbalife..kat rumah dia banyak sangat botol herbalife' ..wahhhhhhhhh...macam dpt sinar baru dalam hidup waktu tu..hehe..tak ambil masa yang lama terus je ke rumah kak Azlina  yg juga ibu kepada Coach Anis Bux..terus sign up jadi ahli, maka bermulalah perjalanan baru bersama herbalife. Lepas tu masih sendiri2 je consume..Saya mencari kekuatan dengan follow semua org yg juga consume herbalife di facebook..saya tiru cara mereka makan produk ..dan mula nampak result sedikit demi sedikit.


Selepas tu saya mula ada coach peribadi iaitu Coach Anis Bux dan join program bersama #teamsurikurus, ada meal plan sendiri dan saya consume sepenuhnya semua produk dengan cara yang betul,  ikut mealplan, disiplin jaga makan, belajar tips2 kurus di group coaching dan join semua challenge dalam group coaching..hasilnya saya berjaya turun 10kg ketika itu.



Dah ideal weight pregnant pula 😁😁😁

September 2015 mengandung anak ke tiga, sepanjang mengandung langsung tak selera nak minum herbalife shake, walaupun sangat disarankan minum kerana membekalkan nutrisi untuk badan. Memang selama 8 bulan tu tak minum shake langsung dan makan je apapun sesedap rasa selepas berakhir fasa alahan teruk selama 3 bulan..memang makan..makan dan makan je lah time tu.. oleh kerana kandungan saya ada masalah Placenta Previa Type 2 maka saya ditahan diwad selama 2 bulan. Selama 2 bulan tu memang makan dan tido je lah di hospital..bosan nya lah...6 januari 2016 selamat bersalin anak ke 3 secara ceaser. Waktu ni berat badan naik menjadi 64kg . Lepas bersalin saya start semula program dengan Team Suri Kurus dan berjaya turunkan berat badan sebanyak 16kg alhamdulillah.


kini di tahun 2020, alhamdulillah, saya telah berjaya mengekalkan berat badan setelah menggunakan produk herbalife selama 7 tahun..


Terkini 


So, apa yang dapat disimpulkan disini, proses menurukan berat badan ialah sebuah perjalanan yang indah, hanya orang yang pernah melaluinya sahaja memahami bagaimana peritnya nak turunkan berat badan jika dilakukan tanpa ilmu yang betul. Jika anda macam saya sedang berusaha turunkan berat badan diatas faktor apa sekalipun boleh hubungi saya 019 473 1534 ntuk dibantu. Semoga pengalaman yang pernah saya dahului dulu dapatlah saya membantu korang yang senasib dengan saya..

Nak Mulakan Program ?? Click sini πŸ‘‰ https://coaching30days.wasap.my

Tentang program 30 hari Surikurus Elite Coaching πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡:

❌ Kurus Tanpa stress
❌ Tak wajib masak/eat clean
❌ Tak wajib bersenam
❌ Kurus Tanpa Berlapar
✔️ Sesuai untuk orang sibuk/ibu2
✔️ Boleh makan nasi
✔️ Personalize Mealplan yang mudah
✔️ Group Coaching Wanita sahaja
✔️ Homework, Food Diary Check, Intense Coaching
✔️ Ebook Resipi Sihat
🎁 Rewards & Recognitions

Salam sayang..


Coach Umie
Herbalife Coach Malaysia

No comments:

Post a Comment

Misi Kurus 2024 - Turun 6-8 kg sebelum 2025

  Hai Assalamualaikum korang, tinggal 2 Bulan Lagi Sebelum 2025! Misi Turun 6-8 kg, Jom Start Sekarang! Dah rasa macam baru je sambut tahun ...